Wednesday, April 18, 2012

SEMUA MILIK NYA

setiap yang kita impikan tak semua kita kecapi, dan setiap yang ingin kita kecapi laluannya tak semudah yang kita impikan. kenapa semakin kita hampiri kejayaan lebih ramai yang cemburui kita daripada memberi kita dorongan untuk lebih mudah kecapi kejayaan itu, kita yang dibawah sentiasa mahu berada diatas tapi mengapa meraka yang diatas sentiasa lupa diri dan mula menyesali apabila mereka jatuh. Dan sepatutnya mereka bangga melihat yang dibawah berada diatas tetapi ini tidak kerana mereka terus mahukan yang dibawah terus bersama mereka. pada aku ianya satu perangsang untuk aku lebih berjaya dalam kerjaya aku, walaupun aku terasa terasing dengan situasi ini tapi aku mempercayai ini semua miliknya, diatas atau dibawah usaha,doa dan tawakal adalah kunci kejayaan dan jangan mudah mengalah dengan situasi yang menjadi tekanan, ambil sebagai positif. andai aku gagal sekali lagi mungkin aku akn menjadi bahan tawa mereka tapi aku masih percaya dengan prinsip aku, JIKA IA MENDUGA DENGAN KEGAGAL PASTI ADA SESUATU YANG LEBIH BAIK YANG TELAH DIA SEDIAKAN UNTUK KITA.

Monday, April 16, 2012

SELANGKAH HAMPIR KESITU....

dulu aku hampir kecewa dan putus asa, aku masih ingat lagi pada tahun 2006, aku memenangi pingat emas di SUKMA KEDAH tapi apa yang aku dapat? tak ada apa cuma sekadar kepuasan yang sementara, selepas sukma aku masih lagi berstatus atlit negeri sahaja dan aku telah ambil keputusan untuk berhenti dan memberi fokus pada pelajaran aku iaitu peperiksaan STPM pada masa itu tapi aku kecundang apabila keputusan STPM aku kurang cemerlang, aku tak salahkan sukan tapi diri aku yang terlalu mengharapkan sukan sebagai aset masa depan aku, selepas kecewa dalam pelajaran aku mengambil keputusan untuk bekerja dijohor pada 2007 tapi hasrat aku itu dilupakan apabila aku mendapat tawaran untuk mewakili johor dan aku terima tapi sekali lagi aku kecewa kerana nama aku didaftarkan atas dua negeri iaitu JOHOR dan PAHANG iaitu negeri kelahiran aku yang mencungkil bakat aku dalam sukan ini, akhirnya aku digantung untuk menyertai SUKMA DI TERENGGANU pada 2008, dengan hampanya aku mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia sukan yang penah menjadi impian terhebat aku, walaupun aku belum mendapatkan impian aku dalam sukan ini tapi aku akur dan percaya yang Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, pada ogos 2008 aku berhijrah ke KL dan berazam melupakannya dengan bekerja di 7eleven,
awal tahun 2010 aku sekali lagi "dilamar" oleh johor untuk menjalani latihan sepenuh masa untuk persiapan SUKMA 2010 di MELAKA tapi aku tidak berminat kerana banyak keperitan selama aku dalam sukan ini sehingga la aku mengambil keputusan untuk menerima secara sambilan, dari situ la aku mulakannya semula tanpa menaruh harapan yang tinggi, syukur dengan berkat usaha aku memenangi 2 gangsa di temasya dwi tahunan itu.
bermula dengan pingat gangsa itu la aku kembali sepenuhnya menjalani latihan secara serius bersama angkatan tentera malaysia (ATM) dan aku meletakan jawatan sebagai manager bersama 7eleven, sekali lagi aku aku mempertaruhkan kerjaya aku demi sukan ini.syukur berkat usaha, doa dan tawakal aku selama hampir 2 tahun bersama ATM, nama aku tersenarai untuk mewakili negara ke kejohanan kelayakan olimpik zon Asia 2012 di KOREA pada 21hb April ni, walaupun hanya untuk penuhi kota kumpulan tapi aku berbagga kerana usaha aku hampir menjadi realiti dan aku akan gunakan peluang ini sebaik mungkin, aku tidak pernah mimpikan ini tapi betul la orang kata "jika kita gagal dalam sesuatu ada sesuatu yang lebih baik Dia nak berikan pada kita" 
Impian aku sebenarnya adalah untuk menyertai sukan komanvel 2014 yang mungkin SCOTLAND sebagai tuan rumah. apa pun semoga sahabat2 saya mendoakan kejayaan saya dalam bidang sukan saya ini....
one thing in life..dont ever give up..