Wednesday, April 18, 2012

SEMUA MILIK NYA

setiap yang kita impikan tak semua kita kecapi, dan setiap yang ingin kita kecapi laluannya tak semudah yang kita impikan. kenapa semakin kita hampiri kejayaan lebih ramai yang cemburui kita daripada memberi kita dorongan untuk lebih mudah kecapi kejayaan itu, kita yang dibawah sentiasa mahu berada diatas tapi mengapa meraka yang diatas sentiasa lupa diri dan mula menyesali apabila mereka jatuh. Dan sepatutnya mereka bangga melihat yang dibawah berada diatas tetapi ini tidak kerana mereka terus mahukan yang dibawah terus bersama mereka. pada aku ianya satu perangsang untuk aku lebih berjaya dalam kerjaya aku, walaupun aku terasa terasing dengan situasi ini tapi aku mempercayai ini semua miliknya, diatas atau dibawah usaha,doa dan tawakal adalah kunci kejayaan dan jangan mudah mengalah dengan situasi yang menjadi tekanan, ambil sebagai positif. andai aku gagal sekali lagi mungkin aku akn menjadi bahan tawa mereka tapi aku masih percaya dengan prinsip aku, JIKA IA MENDUGA DENGAN KEGAGAL PASTI ADA SESUATU YANG LEBIH BAIK YANG TELAH DIA SEDIAKAN UNTUK KITA.

Monday, April 16, 2012

SELANGKAH HAMPIR KESITU....

dulu aku hampir kecewa dan putus asa, aku masih ingat lagi pada tahun 2006, aku memenangi pingat emas di SUKMA KEDAH tapi apa yang aku dapat? tak ada apa cuma sekadar kepuasan yang sementara, selepas sukma aku masih lagi berstatus atlit negeri sahaja dan aku telah ambil keputusan untuk berhenti dan memberi fokus pada pelajaran aku iaitu peperiksaan STPM pada masa itu tapi aku kecundang apabila keputusan STPM aku kurang cemerlang, aku tak salahkan sukan tapi diri aku yang terlalu mengharapkan sukan sebagai aset masa depan aku, selepas kecewa dalam pelajaran aku mengambil keputusan untuk bekerja dijohor pada 2007 tapi hasrat aku itu dilupakan apabila aku mendapat tawaran untuk mewakili johor dan aku terima tapi sekali lagi aku kecewa kerana nama aku didaftarkan atas dua negeri iaitu JOHOR dan PAHANG iaitu negeri kelahiran aku yang mencungkil bakat aku dalam sukan ini, akhirnya aku digantung untuk menyertai SUKMA DI TERENGGANU pada 2008, dengan hampanya aku mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia sukan yang penah menjadi impian terhebat aku, walaupun aku belum mendapatkan impian aku dalam sukan ini tapi aku akur dan percaya yang Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, pada ogos 2008 aku berhijrah ke KL dan berazam melupakannya dengan bekerja di 7eleven,
awal tahun 2010 aku sekali lagi "dilamar" oleh johor untuk menjalani latihan sepenuh masa untuk persiapan SUKMA 2010 di MELAKA tapi aku tidak berminat kerana banyak keperitan selama aku dalam sukan ini sehingga la aku mengambil keputusan untuk menerima secara sambilan, dari situ la aku mulakannya semula tanpa menaruh harapan yang tinggi, syukur dengan berkat usaha aku memenangi 2 gangsa di temasya dwi tahunan itu.
bermula dengan pingat gangsa itu la aku kembali sepenuhnya menjalani latihan secara serius bersama angkatan tentera malaysia (ATM) dan aku meletakan jawatan sebagai manager bersama 7eleven, sekali lagi aku aku mempertaruhkan kerjaya aku demi sukan ini.syukur berkat usaha, doa dan tawakal aku selama hampir 2 tahun bersama ATM, nama aku tersenarai untuk mewakili negara ke kejohanan kelayakan olimpik zon Asia 2012 di KOREA pada 21hb April ni, walaupun hanya untuk penuhi kota kumpulan tapi aku berbagga kerana usaha aku hampir menjadi realiti dan aku akan gunakan peluang ini sebaik mungkin, aku tidak pernah mimpikan ini tapi betul la orang kata "jika kita gagal dalam sesuatu ada sesuatu yang lebih baik Dia nak berikan pada kita" 
Impian aku sebenarnya adalah untuk menyertai sukan komanvel 2014 yang mungkin SCOTLAND sebagai tuan rumah. apa pun semoga sahabat2 saya mendoakan kejayaan saya dalam bidang sukan saya ini....
one thing in life..dont ever give up..

Sunday, October 2, 2011

ujian terakhir untuk part 3 (outdoor recreatian exam)

06hb oct ni mrupakan hari terakhir aku untuk semester ni, sedar atau tak aku dan nak masuk semester 4, syukur semuanya berjalan lancar sepanjangan pengajian aku di semester 3 ni.dan ianya merupakan juga hari peperiksaan untuk ujian rekreasi luar aku,smga semester ni aku lulus dengan cemerlang dan dapat teruskan pengajian aku di uitm, untuk sir hisyam thnks sebab byak memberi ilmu untuk outdoor recreation.berharap ianya tidak tamat selepas tmat peperiksaan nnti.

Sunday, September 18, 2011

SIFU.....

ZAINUDDIN BIN JOSEPH

Beliau merupakan orang yang terawal yang aku kenali dalam sukan angkat berat dan juga orang yang bertanggungjawab mengcungkil bakat aku, beliau telah memilih aku pada sesi pemilihan pada tahun 2001 ketika kau masih dibangku sekolah dan ketika itu aku berumur 14tahun, sebagai seorang jurulatih angkat berat amatur negeri Pahang beliau terlalu banyak megajar dan mendidik aku untuk menjadi seorang yang berjaya dalam sukan ini, tugasnya sama seperti seorang guru yang mendidik anak murid mereka untuk cemerlang dalam pelajaran, beliau merupakan satu-satunya jurulatih yang mengajar aku daripada 'zero' sampai lah aku berjaya, beliau terlalu banyak mencurahkan ilmu dan pengalaman beliau kepada aku, walaupun kini aku tidak lagi menjalani latihan dibawah penjagaannya beliau tetap sentiasa memberikan aku semangat dan sentiasa mahukan aku melakukan yang terbaik, sebagai seorang atlit aku sentiasa ingin yang terbaik dan melakukan yang terbaik untuk jurulatih aku, setiap orang mempunyai impian dan begitu juga aku.walaupun aku selalu memenangi setiap kejohanan yang aku sertai tetapi aku masih ada satu impian yang belum aku realisasikan dan aku akan buktikan kepada sifu aku bahawa apa yang pernah beliau katakan itu ,menjadi satu kenyataan.

SEDEKAD DIPERSADA SUKAN ANGKAT BERAT


kejuaraan terkini (kebangsaan sirkit 2/2011)



kejuaraan termanis dalam kerjaya angkat berat aku (sukma kedah 2006)

antara koleksi pingat yang aku menangi




Tanpa aku sedari tahun 2011 ni sudah sedekat aku menjadi atlet dan pecinta setia bersama besi angkat berat, ianya sudah sebati dalam jiwa aku dan terlalu banyak kenangan dan pengalam berharga aku perolehi serta bersama sukan ini juga la ia mengajar aku berdikari sejak dibangku sekolah lagi, terlalu banyak pengorbanan untuk berada di tahap sekarang, aku bersyukur kerana setiap kali aku menyertai kejohanan angkat berat aku tidak pernah pulang dengan tangan kosong, kata orang adat berlawan ada kalah dan menang begitu juga aku tetapi jika aku mampu buat yang terbaik emas milik aku dan jika aku kurang menyerlah gangsa milik aku, apa yang aku nak kongsikan adalah apabila aku berjaya membuktikan aku masih lagi mempertahankan kedudukan aku dipersada sukan angkat berat ini dalam ranking "TOP 3" apabila aku memenangi 1 EMAS dan 1 PERAK di kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 2/2011 dikompleks sukan keramat pada 16hh - 18hb sept 2011.

Thursday, September 8, 2011

LOW ROPE penutup aktiviti kami semua


pagi ni merupakan kelas tambahan bagi subjek outdoor recreation dan kelas terakhir kami sebelum menghadapi peperiksaan akhir.kelas ini juga sebenarnya untuk membuat contoh aktiviti low rope sebagai tugasan kami,mungkin ada yang tak tahu apakah low rope itu,low rope merupakan menyeberangi tali rendah tanpa sistem belay untuk keselamatan.

pada pagi ni aku orang terakhir yang sampi kekelas,aku sudah sampi awal pagi tapi aku tertido disurau fakulti kerana keletihan dalam perjalanan dari johor tapi itu la yang perlu aku telan sebagai pelajar e-pjj, ini kali pertama aku datang kekelas dari jarak jauh,kalau sebelum ini aku hanya berulang dari port dickson,apa yang aku nak ceritakan ni tak ada kena mengena dengan kelas low rope pagi ini cuma aku nak berkongsi apa yang kawan aku rasa terutama mereka yang jauh berulang untuk datang ke kelas, memang penat tapi demi ilmu mereka sanggup lupakan semua itu dan cuti hujung minggu yang sepatutnya bersama keluarga terpaksa dihabiskan difakulti sains sukan dan rekreasi uitm shah alam.

maaf sir, saya terlambat,itu yang aku ucapkan setiba di kelas, takut juga dimarahi walaupun aku ni pelajar e-pjj, kalau zaman sekolah dulu memang da kena berdiri diluar kelas,hikhik.aku lihat semua kawan-kawan aku sibuk menyiakan contoh low rope yang telah mereka pilih, aku yang baru sampai terkial-kial tak tahu nak mulakan dimana.akhirnya en hisyam memberikan satu sudut untuk aku buat contoh low rope yang aku pilih,low rope yang aku pilih ialah BURMA BRIDGE, dengan tenangnya aku mula siapkan tugasan aku, sekali lagi kemahiran ikatan tali diperlikan untuk menjayakan tugasan aku ini,ternyata ikatan amat penting untuk aktiviti sebegini,kerana tanpa kemahiran ikatan mungkin ianya merbahayakan kepada mereka yang melakukan aktiviti sebenar low rope ini.

kawan-kawan aku yang lain sudah siap tugasan mereka,hanya aku yang belum siap, terima kasih kepada kawan-kawan dan en hisyam yang banyak membantu saya siapkan tugasan saya.walaupun kami semua hanya melakukan contoh tapi setiap orang mesti menerangkan cara untuk melakukan aktiviti low rope tersebut, semuanya seperti mahir bertutur menerangkan tugasan mereka,aku pula berdebar menunggu giliran aku kerana aku ni takut untuk bercakap depan orang walaupun mereka semua kawan aku,ntah kenapa la aku macam ni,bila tiba giliran aku,aku beranikan diri aku untuk bercakap,kalu tak cakap mungkin menjejaskan jumlah markah aku,syukur walaupun tersangkut tapi aku berjaya melakukannya.

disini saya nak kongsikan contoh-contoh low rope aktiviti yang kami semua selesaikan,

balance beam


criss cross


foot loop


burma bridge

jacob's ladder


postman walk


foward tension traverse


chicken walk


leopard crawl


spider web


multi vine

swinging tyers



ABSEiLING? kritikan kunci keberanian aku...

aksi yang agak berani dari aku

peralatan dan kelengkapan untuk aktiviti abseiling.


pada seminar keempat kami merupakan pengalaman pertama aku melakukan abselling,dari awak bermulanya kelas aku teruja untuk melakukan nya walaupun dalam hati ini ada rasa ketakutan,mana tak nya tingkat 11 fakulti kejuruteraan menjadi sasaran kami tapi syukur dan itu la yang dikatakan hikmah bulan puasa sebab kami hanya melakukan di tingkat 4 fakulti sains sukan dan rekreasi iaitu fakulti kami sendiri.

di dalam kelas kami diajar secara teori sebelum melakukannya secara praktikal, kami di bawa ke tempat untuk melakukan aktiviti yang mengayatkan sesiapa yang pertama kali melakukan nya,perasan aku gembira bercampur takut,semua peralatan dan kelengkapan semua telah tersedia oleh tiga orang pembantu en hisyam,selepas diberi keterangan ciri-ciri keselamatan kami pun mahu bermula,bila bertanya siapa yang mahu beraksi dahulu aku terus.....wat-wat sibuk amik gambar, satu kerja gila bagi aku kalau aku menjadi orang yang pertama,hikhik, takut sampi getar kaki aku tapi aku tenangkan hati ni dengan bergurau bersama kawan-kawan.mungkinkah mereka juga rasa apa yang aku rasakan?tak siapa pun takut kalau dilihat sebab semua pandai motivasikan diri mereka dengan cara tersendiri,amir merupakan peserta pertama yang beraksi sebagai hero dalam cabaran ini,dari riak mukanya ada sedikit ketakutan tapi aku suka cara amir yang sentiasa yakin dengan apa yang dia nak lakukan.dia mulakan dengan tenang dan bila hampir sampai dibawah dia cuba melakukan aksi berani iaitu ":spider", aku yang melihat pun terasa gayat tapi dia berjaya melakukannya,

aksi lagak ini semakin hangat apabila sorang demi seorang melakukannya,bermacam ragam dapat aku lihat,kini tiba giliran aku pula,memang menarik,aku siapkan diri aku dengan kelengkapan,peluh mula menitis,walaupun dibulan puasa aku rasa seperti terlalu banyak minum air,berpeluh sebab takut,tapi aku cuba buktikan dengan kritikan yang membantu aku berani melakukannya,bila aku melangkah melepasi palang itu koridor saja aku rasa kan diri aku macam sehelai kertas,terasa ringan saja badan ni,memang aku takut tapi aku tak mahu malu sebab kawan aku perempuan boleh melakukan tak kan aku tidak boleh,en hisyam hanya mampu tersenyum melihat aku,dia tak ada perasaan ke?errrrrrrr,tapi ketakutan itu mula hilang bila aku mula melepaskan badan aku turun mengikut tali yang menggantung badan aku,terasa seronok pula,aku pun apa lagi,mahu juga mencuba aksi berani seperti amir,mula tu was-was juga tapi bila aku sudah berpusing dalam keadaan terbalik,waw!!!,dunia ini ana yang punya,akhirnya aku berjaya melaku kan dua tekni dalam satu turunan tadi,terasa mahu lagi,aku cuba mintak melakukan lagi dan en hisyam menunjukan lampu hijau tapi mesti dengan teknik yang berbeza,teknik berbeza?kalau tadi merupakan tekni asas jadi apakah teknik berbeza itu lebih sukar dan mencabar,ok,aku sahut cabaran itu dengan teknik berlainan iaitu ' australian style' selepas semua melakukannya kini tiba percubaan aku yang kedua,aku sudah merasakan 50-50 tapi aku tak mahu dikata banyak cakap tapi hasil tak ada,dengan beraninya aku melakukan nya,pada pemulaan aku melakukan teknik ini aku memang hampir hilang semangat,apa tidak nya,dalam mencari kedudukan yang selesa tiba-tiba aku tergelincir dan tergantung,tuhan saja yang tahu apa yang aku fikirkan pada masa tu,aku mula tenangkan hati aku dan ambil kedudukan yang betul untuk melakukannya,pada mula aku terasa kekok tapi bila dipetengahan aku mula berani untuk berlari seperti yang diarahkan en hisyam,syukur aku berjaya melakukannya...

terima kasih kepada yang memberi tunjuk ajar dan semangat untuk aku melakukannya,kawan-kwan,kita berjaya hari ini,selepas semua penat dengan aktiviti ini kami mula mngemas dan berehat menanti kelas lain pula,

Wednesday, September 7, 2011

GOTONG ROYONG HARI TERAKHIR DI UITM

buat-buat sibuk je.

oppsss,,,berfikiran positif,ni la hasil final camp kami.

gunakan apa sahaja yang ada kami gunakan,habis barang rumah amer kami kerjakan.

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


kelihatan meriah bila semua dapat berkumpul.


selepas penat bekerja mencuci kami semua sarapan bersama, terima kasih kepada yang belanja, jangan lupa claim kat mimie,die banyak duit,,


penat pun belum hilang lagi dah ada kerja lagi pagi-pagi ni, tuk..tuk..tuk..rupanya kak noi da bangun awal pagi kejutkan kami, kacau betul la kak noi ni orang nak tidur pun tak puas lagi tapi tak apa la, hari last da pun, kena la kerja lebih sikit, aku dan kawan-kawan lain yang bermalam di kolej kenanga terus bersiap untuk mulakan gotong royong ni,aku tengok kebawah melalui tingkap rupanya dah ramai pelajar dari kolej cawangan memulakan gotong royong mencuci peralatan mereka.

semua dah ada, yang balik rumah pun sudah datang untuk mula kan gotong royong, terasa seronok pula bila ingatkan masa gotong rotong tu, mana taknya semua tolong menolong dan bergurau senda, penat pun tak terasa, selepas semua siap dicuci kami bersarapan dahulu dengan menu kegemaran iaitu roti canai yang dibeli oleh fakrul.terima kasih..

selepas semua siap dikemas kami semua pun bersurai...berakhir la perkhemah amali tahunan kami di kolej kenanga dengan aktiviti gotong rotong tadi.

BERSIAP UNTUK BALIK DAH....

sebahagian barang yang telaha siap dikemaskan.

syed paling rajin pada hari terakhir ni.

semua sudah siap berkemas,tunggu nak angkat barang je ni.

lepas balik dari jungle tracking je kami terus mengemas kawasan perkhemahan, khemah semua di kemas, kawasan sekitar dibersihkan dan semua peralatan yang kami gunakan dikemas dan di periksa agar semuanya mencukupi dan sama dengan apa yang kami bawa bersama pada hari pertama kami sampai, terutama peralatan yang kami pinjam dari stor fakulti.stelah semuanya siap dikemaskan kami cuma tunggu masa untuk menaiki bot ke jeti sahaja.

semuanya kelihatan tak sabar nak bertolak balik ke shah alam, masa ni la ada yang tertekan terutama mereka yang sudah berkeluarga,mungkin terlalu rindukan keluarga mereka masing-masing, tapi yang paling aku tak tahan kami semua masih lagi tak di berikan handphone, kat situ la ramai yang mental, asyik bertanya je cik Hisyam bila boleh ambil handphone masing-masing. malu juga aku tapi nak wat macam mana, masing-masing rindukan orang yang tersayang,yang berkeluarga rindukan suami isteri, yang bujang rindu kan tunang atau kekasih, termasuk aku lak,hikhik..

selepas kami menaiki bot ke jeti kami perlu berjalan kaki pula keluar jalan raya untuk menaiki bas kerana bus tidak boleh memasuki sampi kejeti sebab laluan nya terlalu kecil, dalam pejalan keluar tu sempat lagi basah kan tekak denagan ais crim, kalau tak salah mimie kot yang belanja,terima kasih la,hilang gak dahaga panas-panas ni,lalalalal,

bila sampai je kat luar bas pula lom sampai, apa lagi, ada la sorang kawan aku ni,terkumat kamit  mulut dia meluahkan kekecewaan sebab bas belum sampai, mungkin dia tak sabar nak balik kot, maklum la mgkin rindu sangat kat kel;uarga dia, aku hanya mampu diam dan melihat gelagat dia sahaja, nak tegur atau marah pun tak boleh sebab aku tak tahu apa yang bermain difikirannya, sebab aku ni masih bujang tak seperti dia yang dah berkahwin, lagi pun anaknya masih kecil yang ditinggalkan,mungkin rindukan anaknya kot.

lama juga la kami tunggu bas tu dan akhirnya sampai juga, semua kami terpancar kegembiraan tapi tetap meluahkan kekecewaan sebab belum dapat handphone masing-masing,hakhak,,,sabarrrrr je la.selepas semuanya di angkat kedalam bus kami pun bertolak balik ke shah alam,aku yang teramat letih ni terus je tidur dan tak tahu apa yang berlaku,sesedar je aku dikejutkan semasa berhenti untuk makan malam di sebuah perhentian, tengah sedap menjamu selera cik hisyam memanggil untuk memberi handphone kami, jadi semua tersenyum gembira, lupa makan tu bila dapat handphone,ada da yang bergayut,begitu juga aku,

semua orang telefon orang tersayang begitu juga aku tapi aku telefon mak aku la sebab terlalu bayak miscol dari mak aku,takut juga aku ada apa-apa yang berlaku sebab aku telah wat kesilapan dengan mak aku, bukan apa, aku lupa nak tinggalkan pesan dengan sms kepada mak aku la,masa pagi sebelum bertolak tu aku   telefon mak aku tapi tak dijawab, mungkin dia sedang bekerja, aku pula lupa nak sms yang aku nak pergi keperak atau meninggalkan no en Hisyam, lepas aku telefon mak aku,dia meluahkan kekecewaannya kepada aku sebab pergi tanpa beritahu dia,aku rasa bersalah sangat dan aku meminta maaf, saya minta maaf mak,,bukan sengaja...moralnya,jangan la lupakan mak kita kalu nak buat sesuatu sebab ianya akan merisaukan dia.

lepas makan kami meneruskan perjalanan kami,agak lambat juga la kami sampi di shah alam, bagi mereka yang tinggal disekitar shah alam dibenarkan pulang kerumah dan yang jauh kami bermalam di kolej kenanga sementara menanti hari esok, mereka yang pulang kerumah pun belum habis tugasan nya sebab keesokan nya kami perlu bergotong royong untuk membasuh dan mengemas keperluan yang kami gunakan.

JUNGLE TRACKING (BUKIT MANDI ANGIN)

pemandangan tasik chenderoh dari kawasan LIMAU BALI iaitu dipertengahan BUKIT MANDI ANGIN.

berkumpulan untuk untuk menerima arahan dan taklimat mengenai aktiviti yang hendak kami lakukan.

macam nak berperang je ni, penat tu.

berhenti rehat dan basahkan mulut sikit, sempat bergambar tu.

berehat kali terakhir sebelum sampai ke destinasi sebenar, kawasan semakin curam dan mencabar.

bantu-membantu antara satu sama lain supaya semua berjaya sampi ke destinasi dengan selamat.

da sampai pun, berehat dan menikmati makanan yang dibungkus sebelum kami turun dan balik semula.

bergambar kenangan bersama fesi yang membawa kami dan kawan-kawan mendaki.



ni la aku,macam model bukit mandi angin kan..hikhik

dah penat berjalan balik kena pula berenang untuk ke kawasan perkhemahan.

tarik jangan tak tarik, semangat berkawan, jangan ada yang tertinggal.


hari ini merupakan hari ketiga dan juga hari terakhir kami di perkhemahan ini, walaupun hanya tiga hari bersama ianya terlalu panjang untuk kami  melakukan pelbagai aktiviti,selepas tamat aktiviti survival pada sebelah pagi tadi yang mengajar kami pelbagai ilmu yang menarik kami hanya diberi masa untuk masak dan bersarapn pagi, pagi ini kami bersarapan agak lewat, selepas sarapan  kami semua sibuk siapkan makan tengah hari untuk dibawa semasa jungle tracking kerana kami akan makan tengah hari di kawasan limau bali, selepas semua persiapan untuk jungle tracking siap kami diarahkan untuk mengemas semua barang keperluan kami kerana selepas balik dari tracking kami akan terus mengemas kawasan perkhemahan dan akan terus bergerak balik ke shah alam,

selepas semuanya selesai kami berkumpul untuk menerima taklimat sebelum memulakan jungle tracking, untuk memulakannya kami menaiki bot ke jeti, kami bermula dijeti dan melalui kawasan perkampungan sebelum memasuki kawasa hutan yang menjadi destinasi jungle tracking kami, laluannya mudah tapi jarak dan cuaca membuatkan kami keletihan, laluan yang mudah membuatkan aku bosan untuk meneruskannya, tapi apa yang aku fikirkan tu salah sebab laluan kami semakin sukar kerana kami terpaksa melalui cerun bukit, walaupun tidak secerun mana tapi cukup untuk buatkan aku terasa letih untuk teruskanya, kak noi pula sudah merungut kakinya mula terasa sakit tapi kami tetap teruskan juga kerana kami tak mahu aktiviti terakhir program ni berakhir dengan kegagalan, kak noi yang sakit dibantu oleh kami, bukan sekadar bantuan dari segi fizikal tapi secara mental juga membantu kak noi terus bersemangat untuk habiskan aktiviti kami ini,

bagi aku cerita daripada en hisyam tentang pemandangan tasik chenderoh yang cantik dari atas sana membuatkan aku terus bersemangat teruskan pejalanan ini, hampir satu jam berjalan dan mendaki cerun  akhirnya kami sampi kedestinasi yang dituju iaitu kawasan limau bali yang bolehkan kami melihat pemandangan tasik chenderoh, WAW!!!!!! memang cantik pemandangan nya, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemandangan berlatar belakang tasik chenderoh yang mungkin kali pertama dan terakhir bagi kami,

sudah puas bergambar kami berehat sebentar menjamu selera sebelum turun pulang ke kawasan perkhemahan, sambil menjamu selera kami sempat berkongsi pengalaman mereka yang lebih arif iaitu pembantu en hisyam yang menjadi pengiring aktivi jungle tracking kami ni.cerita pengalaman mereka membuatkan aku teruja dan tak mahu aktiviti ini berakhir disini sahaja, aku juga mahu melakukan apa yang mereka lakukan dan mahu saja aku melibatkan diri dalam program sebegini lagi jika diberi peluang.

selepas semua habis makan dan keletihan hilang kami pun mula turun dari kawasan itu, bila dah berehat terasa malas pula nak turun tapi apakan daya masa tak mengizinkan dan kami perlu kejar waktu yang ditetapkan sebab petang ini juga kami mahu terus balik ke shah alam.setelah penat berjalan akhirnya kami semua telah berjaya sampai kejeti semula, semua tak sabar nak balik.tapi kami mental kami di uji lagi dengan perlu berenang balik ke kawasan perkhemahan kami, semuanya mengeluh sebab sudah la penat, terpaksa berenang pulak tu, walaupun rela dalam terpaksa kami semua akur dengan arahan tersebut, selepas berhempas pulas berenang dan membantu kawan-kawan akhirnya kami berjaya sampi.

memang penat dan menguji mental kami,selepas semua berjaya tamatkan perkhemahan ini kami terus mengemas kawasan dan bersiap untuk balik.

BELAJAR MENGHARGAI CIPTAAN NYA SATU NIKMAT YANG TIDAK BOLEH DIBELI.

SURVIVAL??? ERRRRRR

perjalanan menuju ke kawasan survival, penat pun belum hilang da kena lagi.

ini je yang mampu kami beli dari duit baki selepas membeli khemah dan tapak khemah.


ni la kawasan khemah kumpulan aku selepas siap di bersihkan.

penjaga unggun api, jaga tau jangan sampai padam lak..

semua masih segar walaupun keletihan.

pelajar dari kolej cawangan, kena nyanyi untuk kumpulan aku sebab nak mintak api, ni la akibat kalau buat sesuatu tanpa merancang.

ai afiq, ngah sentri pun leh tidur? letih sangat kot.huhuhu

ntah masa bila kami semua tidur pun tak tau,penat la, sian syidah jaga kami sorang diri,

giliran fazrul sentri pun terkantoi gak,,,hikhik,bila la nak pagi ni

selepas semuanya berkemas dan kuar dari hutan getah tu kami semua di panggil mengikut kumpulan untuk menceritakan pengalaman kami dan kisah yang paling kami sedih.

walaupun penat tapi tetap bergaya lagi tu, ni la kawan-kawan kelas aku,kami hanya 12 orang sahaja.


bila dengar je survival aku memang suka dan memang aku nanti-nantikan dengan penuh keghairahan sebab bagi aku survival tidak lagi asing bagi aku, di kampung pun hutan tempat permainan aku, hutan ni bagai sudah sebati dengan hidup aku tapi sangkaan aku meleset sebab aku tak pernal tahu apa itu survival dan survival di benak fikiran aku selama ini iaitu hanya masuk hutan semata-mata dan berkhemah tapi disini aku belajar apa itu makna sebenar survival/ iktiar hidup.

didalam bot sepanjang jalan menuju destinasi survival hati aku berkocak perasaan tak sabar nak bermalam didalam hutan yang mungkin mencabar kerana kami tidak dibenarkan bawa peralatan sendiri dan makanan, aku masih lagi seperti dulu yang tidak tahu apa erti survival ini, ala mungkin dorang da masak kat sana,kata aku la,,

destinasi kami sudah kelihatan,kami masih rancak berbual dan bersuka ria tapi semua itu terhenti apabila kami diarahkan untuk berenang ke kawasan survival itu, aduh,,,kami semua mengeluh,tak kan kami semua nak bermalam dalam keadaan basah ni tapi ternyata itu bukan gurauan.kami berenang juga walaupun dalam pasrah,,huhuh...

penat juga la berenang sebelum sampi ke tebing tasik tu, selepas semuanya selamat sampai kami semua berkumpul dan di berikan penerangan tentang survival ni, terkejut juga aku dengar,sebelum ni aku tak pernah tahu macam ni rupanya survival yang sebenar, survival yang aku ikut sebelum ni kami bebas melakukan apa sahaja termasuk membawa pelbagai makanan tetapi mesti dalam hutan dan hanya berkhemah,di sini aku belajar apa itu survival, mungkin sesuatu yang menarik bagi aku,

selepas semua penerangan dibagi oleh fesi-fesi dan kami semua faham, kami di pecahkan kepada 3kumpulan kecil dan diberi duit rm1000 setiap kumpulan untuk membeli peralatan yang telah mereka sediakan dengan duit sebanyak itu,dah la barang mereka(fesi) mahal tapi nak wat macam mana, tak ada kedai lain dah kat situ,,hahakhak,,,mereka pun mula la menjual dengan mula-mula mereka menawar kan tapak khemah,bila aku ingat pasal tapak khemah ni memang lucu pun ada, sakit hati pun ada, mana tak nya, indah khabar dari rupa,,,hikhik,kami sudah tahu muslihat mereka tapi yang buat aku geram tu sebab kumpulan aku sendiri terkena dengan dorang tapi  tak boleh salahkan dorang juga sebab aku ni pun gelojoh sangat,sian kat kumpulan aku kena beli tapak paling mahal,moralnya berfikir dulu sebelum membuat keputusan,

ni sahaja yang mampu kami beli dari baki yang kami beli khemah dan tapak khemah :
  1. mancis
  2. telur 1 biji
  3. kentang 2 biji
  4. beras
  5. air mineral
  6. bekas tanak nasi

setelah semua urusan jual beli selesai kami semua dibawa ke tapak khemah mengikut kumpulan masing-masing,kumpulan aku ada 4 orang iaitu syidah, fazrul, afiq dan aku  terus bahagikan tugasan dalam kumpulan ,kami perlu siapkan khemah dan bersihkan kawasan khemah sebelum gelap, dengan kesuntukan masa kami sempat la buat khemah ringkas dan kemaskan kawasan khemah tu tapi apa yang penting kami kena cari kayu api dengan kuantiti yang banyak sebab kami kena nyalakan unggun api sampi esok pagi,

akhirnya kami berjaya siapkan apa yang patut sebelum hari gelap,setelah penat kami semua pun berehat la sementara masih kuat walupun letih,,,

MISTERI TAK TERUNGKAP

tengah sedap duduk merehatkan diri tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi yang agak menyeramkan dibelakang khemah kami tu, aku pun tak tahu apa, nak cakap fesi yang kacau tak mungkin sebab khemah kami betul-betul dihujung semak tebal, bunyi tu seperti binatang sedang berlari tapi kami buat  tak tahu je, sebab bunyi tu sekejap lari, sekejap hilang,,eh,,ada lagi bunyi tu,kali ini aku terus bangun dan melihat bunyi apa tu tapi hilang pula,aku pun wat tak tahu je la,takut pun ada sebab aku seorang je yang berjaga masa tu, mana tak kena sorang nye,,time dorang jaga aku sedap je membuta,ai,,,kalau nak kacau pun tunggu la time member aku lak jaga,,,hikhikhik,,bunyi tu ada lagi,,kali ni makin kuat dan seolah-olah nak menuju ke khemah kami, aku pun apa lagi cepat-cepat kejutkan kawan-kawan aku,aku suruh dorang pegang kayu sorang satu, dorang pun masih lagi separuh sedar ikut je kata aku,,,pastu bunyi tu terus hilang dan kami tertanya-tanya bunyi apakah itu,,,,,,tapi aku terasa malu pun ada dengan dorang sebab aku yang lebih-lebih takutnya.lepas tu apa lagi,,,time aku tidur dan dorang lak berjaga..

baru je bangun ada plak sorang budak ni ntah dari mana datang nya, wat terkejut aku je yang ngah cari kayu api, rupa-rupanya pelajar yang turut serta dalam survival ni juga tapi mereka dari kolej cawangan, dia datang nak minta kayu apa sebab kumpulan dia terlupa membeli mancis sebab sibuk dok membeli keperluan lain, itu la kalu membuat sesuatu tanpa merancang,mula tu aku tak percaya yang dia ni pelajar macam kami juga tapi selepas diteliti memang betul dan aku hampir nak menolong, mujur kawan aku sorang ni tak bagi, kalau tak kami gagal la sebab tak amanah,,,hikhik,mungkin dia ni polis kot,macam tau2 je ada lagi pengikut kat belakang tu, aku ingat syidah ni main2 je rupanya memang betul ada yang mengikut dan pengikut nya fesi-fesi yang jaga kami semua.selepas dapat kebenaran oleh fesi baru kami bagi dia mancis dan bara api, apaun pelajar tu kena denda dulu la, syidah punya idea la suruh budak tu nyanyi tapi best gak bosan-bosan duduk dalam hutan tak ada apa.

lepas pada tu kami semua gelak tak ingat tapi syidah tak habis2 puji budak tu nyanyi sedap..ingat awak tu da ada abang,,,errrrrrr,perut ni tyerasa lapar la pula,nasib ada kentang bakar yang fazrul bakar tadi,apa lagi aku la yang habiskan, terasa sedap lak kentang bakar tu, kalau sebelum ni aku kurang makan kentang dan selalu buang kalau ada dalam masakan tapi kali ni tak cukup pula rasanya.lepas mengisi perut yang lapar aku terasa ngantuk lagi,nak tidur tak boleh dah sebab kesian kat kawan-kawan aku, dorang pun asyik cakap aku kuat tidur,malu gak aku,,hikhik.so kena la berjaga dan sambil tu kami semua berborak la, cerita pasal diri masing-masing, walaupun tak banyak tapi sempat la kami kenal antara satu sama lain,kalau sebelum ni kami hanya kenal pada nama saja sebab waktu bersama terhad dan hanya berjumpa di dalam kelas yang diadakan 1kali sebulan.

lambat pula nak tunggu pagi ni, terasa macam da lama sangat kot, nak tengok waktu pun tak boleh sebab kami tak dibenarkan bawa jam tangan, hanya mampu menunggu sang mentari pagi mengganti sang rembulan malam je la,.kayu api semakin berkurangan, rasanya sudah cukup kami cari petang tadi dan kalau masak dodol pun boleh 2,3 kawah tapi ni tak, baru je isi da habis, mungkin kayu api kami tu cepat habis dijilat api kerana kayu api kami tu dari dahan dan ranting pokok getah kot,

tiba-tiba aku dan kawan aku terkejut dari tidur sebab terdengar seperti orang mendekati khemah kami, rupa2 nya kami semua tertidur, mujur kami sedar sebelum mereka sampai ke khemah kami, oooooooo....fesi-fesi yang bertugas rupanya,mereka datang nak melhat kayu api kami cukup atau tak, ternyata ianya tak mencukupi untuk sampai ke pagi, mereka meminjamkan kami lampu suluh dan hanya bagi kami masa 5minit untuk mencari kayu api, apa lagi,aku dan fazrul pun macam lipas kudung la mencari kayu, 
tiba-tiba....praaaakkkkkkkkgg...terkejut aku, rupa-rupa fazrul tarik 1 dahan kayu mati yang kira besa la, nyaris aku tersepit, aku yang tadi masih separuh sedar terus segar gara-gara terkejut dek kerja fazrul tu, selepas selesai mendapatkan kayu api tu mereka pun terus beredar ke hujung semak, mungkin nak membantu kumpulan lain pulak.terima kasih ya teriak kami,,lalalal

terasa penat dan haus pula, nasib bekalan air kami masih ada dan mencukupi sampai ke pagi, kumpulan kami pun semuanya boleh dikatakan cergas la sebab semua berbadan kecik.selepas menambah kayu api tu kami semua pakat berjaga sebab tak boleh tidur da, lagi pun lagi da mula menunjukan cahaya mentari pagi, mungkin dalam pukul 5 pagi la..

punya asyik bersembang hari pun semakin cerah, dalam hati ni da tak sabar nak balik sebab badan aku ni da gatal-gatal sebab bermalam dengan pakaian yang basah malam tadi,kaki aku da mula terasa sakit sebab kasut yang aku pakai belum dibuka.tungu punya tunggu akhirnya fesi yang membawa kami masuk tu pun da datng untuk ambil kami semula, kami di suruh berkemas dan padam unggun api yang kami gunakan semalaman tu,selepas semuanya siap dikemas kami pun dibawa keluar, ingat kami paling awal tapi kawan2 kami yang lain da lama keluar.

hati ni da seronok la sebab boleh kuar dan nak balik tapi belum lagi,,ada plak sesi luahan perasaan, lama juga la nak menunggu  giliran kumpulan aku ni, banyak sangat ke cerita sedih dornag ni,,hikhik,,aku da  tak sabar nak balik ke khemah ni,kini giliran kumpulan aku pula, rupanya setiap kawan aku ada masalah yang sebelum ni mereka tak berkongsi dengan aku, tapi bila ada sesi ni ternyata mereka sembunyikan sesuatu yang perik disebalik senyuman dan ketawa mereka bersama aku, begitu juga aku, walau pun terasa malu tapi aku tetap berkongsi, mana tahu mereka dapat membantu walau sekadar dengan sokongan moral.selepas semua selesai meluahkan perasaan masing2, kami semua selesai lah episod SURVIVAL ini, 

selepas semua da bersedia kami semua pun bergerak balik ke kawasan perkhemahan kami yang telah semalaman kami tinggalkan, terasa rindu pula malam survival  itu, banyak yang kami berkongsi walau hanya 1 malam bersama, ianya terlalu panjang bagi kami untuk berkongsi cerita.

SURVIVAL TANGIS TAWA BERSAMA, HANYA KAWAN DISISI KITA