Saturday, July 23, 2011

AMALI PERKHEMAHAN TAHUNAN E-PJJ 2011

SEHARI SEBELUM MENUJU DESTINASI



semuanya terserlah keriangan dan keghairahan untuk pergi ke perkhemahan di tanjung harapan tasik chenderoh.akhirnya semua keperluan asas kumpulan kami telah dibeli pada malam sebelum kami ke destinasi.

DISINI KAMI BERMULA (FSR)








semuanya berkumpul dan mengemas keperluan yang dibawa ke dalam bas yang bakal kami naiki dan semuanya sudah bersedia untuk memulakan perjalan menuju destinasi yang hendak dituju iaitu Tanjung Harapan, Tasik Chenderoh, Lenggong, Perak, dan sebelum memulakan perjalan wakil dari kumpulan kami diminta untuk membacakan doa selamat agar pejalan kami yang mengambil masa agak lama ini selamat sampai ke destinasi yang dituju dan diberi keberkatan oleh Nya.

SETIBANYA KAMI DI DESTINASI 




semuanya keletihan tapi keletihan itu tidak kami tunjukkan kerana semangat untuk teruskan pengembaraan ini  berkobar didalam hati stiap kami yang terlibat, walaupun dalam cuaca terik sang mentari yang panas kami tetap teruskannya.sudah lah keletihan dalam perjalanan belum habis, kami diarahkan berjalan kaki untuk ke kawasan perkhemahan, bukan la jauh manapun tapi terasa juga la sebab dek sinaran sang mentari yang terik.dalam hati aku "apa la lagi pasni yang bakal mendatang,belum apa2 lagi da kena macam ni,huhuhu"....

JETI UNTUK KE KAWASAN PERKHEMAHAN







kini kami sampi di jeti yang menjadi  "transit" kami untuk pergi ke kawasan perkhemahan, terubat sedikit kepenatan kami bejalan tadi, setelah semua bersedia dengan kelengkapan keselamatan yang disediakan, kami teruskan perjalanan kami ke kawasan perkhemahan dengan menaiki bot kecil, ingatkan jauh,rupanya tak sampai 5minit kami sudah sampai di Tanjung Harapan iaitu kawasan perkhemahan kami, tak puas rasanye nak menikmati kawasan sekitar tasik itu tapi tak mengapa kerana ini baru hari pertama dan kami masih banyak lagi masa untuk melihat kawasan sekitarnya.

INILAH KAWASAN PERKHEMAHAN KAMI


kini kami sudah sampi ke destinasi sebenar iaitu kawasan sebenar pekhemahan dan disini segala aktiviti yang dijadualkan akan kami lalui bersama, selepas semua barang keperluan persendirian mahupun kumpulan telah dikumpulkan kami semua berehat seketika menikmati makan tengah hari yang telah kami bungkuskan semasa perjalanan tadi, dan masa yang sama juga kami berbincang apa yang perlu kami lakukan dan membahagikan tugasan mengikut seperti apa yang telah kami rancangkan.

Friday, July 15, 2011

individual preparations


peralatan aku


botol air

beg kecil

bateri

vissel

tali

saya amat teruja dan semangat semakin berkobar-kobar apabila tarikh perkhemah dah pun semakin hampir tapi saya juga tidak terlalu "over" kerana perjalanan kami jauh lagi.
ini program outdoor pertama saya bersama kawan-kawan (pelajar e-pjj sr113),dan berharap ianya dapat mengukir pelbagai kenangan dan pengalaman berharga nanti.kami akan bertolak ke tasik chenderoh iaitu destinasi perkhemahan kami pada pagi 18/7/2011.

kawan-kawan bagaimana?sudahkan anda membuat persiapan untuk pergi perkhemahan tersebut..saya sudah seminggu membuat persedian dan hari ini hari terakhir saya membeli peralatan dan keperluan sewaktu perkhemahan nanti.saya terpaksa membuat persediaan awal kerana saya terpaksa bergerak awal ke shah alam atas sebab2 yang tak dapat dielakan.

ni la keperluan yang saya sediakan,harap ianya mencukupi la sepanjang perkhemahan di tasik chenderoh nanti,

Saturday, July 2, 2011

pengalaman? kini semua tinggal kenangan....



bila nak bercerita pasal pengalaman ni pasti buat aku tersenyum seorang diri,pasti semua org punya pengalaman tapi aku ingin kongsikan bersama korang semua pengalaman aku ni,tapi bukan semua la boleh dikongsi,,hehehe,,pengalaman yang ingin dikongsikan ini lebih kepada aktiviti reakreasi aku masa zaman kanak-kanak aku sampi la sekarang.

aku seperti kanak-kanak lain yang dibesarkan di kampung,bagi mereka yang tinggal di bandar mungkin berbeza cara hidup mereka dan lain la aktiviti mereka, kalau sama pun mungkin peluang tu hanya sekali. nak cakap aku ni nakal tidak la tapi masa kecil aku dulu suka mandi sungai, setiap petang aku dan kawan-kawan aku akan mandi sungai selepas balik dari sekolah, apa yang menariknya kami suka main kejar-kejar dalam air kalau bahasa kampung aku "men aci ligan", seronak ke? memang seronok tapi berenang tu lebih penat dari berlari,bila sudah bosan main kejar-kejar ada la seorang sahabat ni panggil aku,"oi eg,kalu kau hebat jom kite lawan menyelam sape dapat amik tanah kat dasar die hebat" aku pun apa lagi, "jom la klu kau rasa kau hebat"huhuhu,punya la bersemangat aku pun lawan menyelam,tapi aku kalah sebab nafas tak cukup,,,sedih je aku.tapi tak apa,yang penting ianya seronok.

bukan setakat tu je,kalau hujung minggu pula aku dan kawan-kawan aku ni suka pergi mencari udang,maklum la kampung aku tu terkenal dengan udang galah,nama pun kuala rompin bandar UDANG GALAH,kira macam camping juga la,selepas waktu sekolah hari jumaat tu kami da bersiap nak pergi mencari udang,sungai tu dekat saja,belakang rumah member aku je.bila semua sudah cukup kami pun masuk la hutan paya bakau belakang umah member aku tu,dan kami kena cari tempat yang sesuai untuk menangkap udang dan tempat yang selamat nak buat istana bahagia(khemah da).kami kena pastikan sebelum malam semua peralatan disediakan dan diperiksa ok baru kami berehat sementara menunggu air pasang besar.asyik berborak sambil memasang angan-angan nak bawa pulang hasil yang banyak air pun sudah pasang besar,apa lagi kami pun mula la turun ke air untuk menyelam,kami menyelam cara kampung bukan je,meyelam pula hanya ditepi sahaja sebab udang hanya port kat tepi je,celah2 akar pokok tembakau.hampir satu jam kami menyelam badan pun sudah kecut,sejuk?jangan cakap la,macam nak berselimaut dalam air saja,,hahaha tp mana ada orang buatkan.hasilnya tak la sebanyak mana tapi kami semua seronok sebab boleh mandi sungai malam dan kami lebih sukakan cabaran itu sebenarnya,,bukan senang nak menangkap udang dengan menyelam kalau tak ada teknik dan pengalaman memang balik bakul kosong la jawabnya.ini la penyelam kampung,nak meyelam cara moden tak dapat la,maklum la,,budak kampung,,hahaha tapi apa pun memang best la dan bila ingatkan semula macam nak balik zaman tu ataupun nak je balik kampung menyelam lagi,cuma bila dah berkeja ni sibuk la dan takut pun ada kalau nak buat sume tu lagi.so hargaila pengalaman yang kita ada.