Saturday, July 23, 2011

AMALI PERKHEMAHAN TAHUNAN E-PJJ 2011

SEHARI SEBELUM MENUJU DESTINASI



semuanya terserlah keriangan dan keghairahan untuk pergi ke perkhemahan di tanjung harapan tasik chenderoh.akhirnya semua keperluan asas kumpulan kami telah dibeli pada malam sebelum kami ke destinasi.

DISINI KAMI BERMULA (FSR)








semuanya berkumpul dan mengemas keperluan yang dibawa ke dalam bas yang bakal kami naiki dan semuanya sudah bersedia untuk memulakan perjalan menuju destinasi yang hendak dituju iaitu Tanjung Harapan, Tasik Chenderoh, Lenggong, Perak, dan sebelum memulakan perjalan wakil dari kumpulan kami diminta untuk membacakan doa selamat agar pejalan kami yang mengambil masa agak lama ini selamat sampai ke destinasi yang dituju dan diberi keberkatan oleh Nya.

SETIBANYA KAMI DI DESTINASI 




semuanya keletihan tapi keletihan itu tidak kami tunjukkan kerana semangat untuk teruskan pengembaraan ini  berkobar didalam hati stiap kami yang terlibat, walaupun dalam cuaca terik sang mentari yang panas kami tetap teruskannya.sudah lah keletihan dalam perjalanan belum habis, kami diarahkan berjalan kaki untuk ke kawasan perkhemahan, bukan la jauh manapun tapi terasa juga la sebab dek sinaran sang mentari yang terik.dalam hati aku "apa la lagi pasni yang bakal mendatang,belum apa2 lagi da kena macam ni,huhuhu"....

JETI UNTUK KE KAWASAN PERKHEMAHAN







kini kami sampi di jeti yang menjadi  "transit" kami untuk pergi ke kawasan perkhemahan, terubat sedikit kepenatan kami bejalan tadi, setelah semua bersedia dengan kelengkapan keselamatan yang disediakan, kami teruskan perjalanan kami ke kawasan perkhemahan dengan menaiki bot kecil, ingatkan jauh,rupanya tak sampai 5minit kami sudah sampai di Tanjung Harapan iaitu kawasan perkhemahan kami, tak puas rasanye nak menikmati kawasan sekitar tasik itu tapi tak mengapa kerana ini baru hari pertama dan kami masih banyak lagi masa untuk melihat kawasan sekitarnya.

INILAH KAWASAN PERKHEMAHAN KAMI


kini kami sudah sampi ke destinasi sebenar iaitu kawasan sebenar pekhemahan dan disini segala aktiviti yang dijadualkan akan kami lalui bersama, selepas semua barang keperluan persendirian mahupun kumpulan telah dikumpulkan kami semua berehat seketika menikmati makan tengah hari yang telah kami bungkuskan semasa perjalanan tadi, dan masa yang sama juga kami berbincang apa yang perlu kami lakukan dan membahagikan tugasan mengikut seperti apa yang telah kami rancangkan.

No comments: