Saturday, July 2, 2011

pengalaman? kini semua tinggal kenangan....



bila nak bercerita pasal pengalaman ni pasti buat aku tersenyum seorang diri,pasti semua org punya pengalaman tapi aku ingin kongsikan bersama korang semua pengalaman aku ni,tapi bukan semua la boleh dikongsi,,hehehe,,pengalaman yang ingin dikongsikan ini lebih kepada aktiviti reakreasi aku masa zaman kanak-kanak aku sampi la sekarang.

aku seperti kanak-kanak lain yang dibesarkan di kampung,bagi mereka yang tinggal di bandar mungkin berbeza cara hidup mereka dan lain la aktiviti mereka, kalau sama pun mungkin peluang tu hanya sekali. nak cakap aku ni nakal tidak la tapi masa kecil aku dulu suka mandi sungai, setiap petang aku dan kawan-kawan aku akan mandi sungai selepas balik dari sekolah, apa yang menariknya kami suka main kejar-kejar dalam air kalau bahasa kampung aku "men aci ligan", seronak ke? memang seronok tapi berenang tu lebih penat dari berlari,bila sudah bosan main kejar-kejar ada la seorang sahabat ni panggil aku,"oi eg,kalu kau hebat jom kite lawan menyelam sape dapat amik tanah kat dasar die hebat" aku pun apa lagi, "jom la klu kau rasa kau hebat"huhuhu,punya la bersemangat aku pun lawan menyelam,tapi aku kalah sebab nafas tak cukup,,,sedih je aku.tapi tak apa,yang penting ianya seronok.

bukan setakat tu je,kalau hujung minggu pula aku dan kawan-kawan aku ni suka pergi mencari udang,maklum la kampung aku tu terkenal dengan udang galah,nama pun kuala rompin bandar UDANG GALAH,kira macam camping juga la,selepas waktu sekolah hari jumaat tu kami da bersiap nak pergi mencari udang,sungai tu dekat saja,belakang rumah member aku je.bila semua sudah cukup kami pun masuk la hutan paya bakau belakang umah member aku tu,dan kami kena cari tempat yang sesuai untuk menangkap udang dan tempat yang selamat nak buat istana bahagia(khemah da).kami kena pastikan sebelum malam semua peralatan disediakan dan diperiksa ok baru kami berehat sementara menunggu air pasang besar.asyik berborak sambil memasang angan-angan nak bawa pulang hasil yang banyak air pun sudah pasang besar,apa lagi kami pun mula la turun ke air untuk menyelam,kami menyelam cara kampung bukan je,meyelam pula hanya ditepi sahaja sebab udang hanya port kat tepi je,celah2 akar pokok tembakau.hampir satu jam kami menyelam badan pun sudah kecut,sejuk?jangan cakap la,macam nak berselimaut dalam air saja,,hahaha tp mana ada orang buatkan.hasilnya tak la sebanyak mana tapi kami semua seronok sebab boleh mandi sungai malam dan kami lebih sukakan cabaran itu sebenarnya,,bukan senang nak menangkap udang dengan menyelam kalau tak ada teknik dan pengalaman memang balik bakul kosong la jawabnya.ini la penyelam kampung,nak meyelam cara moden tak dapat la,maklum la,,budak kampung,,hahaha tapi apa pun memang best la dan bila ingatkan semula macam nak balik zaman tu ataupun nak je balik kampung menyelam lagi,cuma bila dah berkeja ni sibuk la dan takut pun ada kalau nak buat sume tu lagi.so hargaila pengalaman yang kita ada.

No comments: