Wednesday, September 7, 2011

PERSIAPAN KAWASAN PERKHEMAHAN


keperluan kumpulan dan peribadi di kumpul setempat terlebih dahulu.

masa membuat khemah dapur

tali perlu betul2 kuat untuk membuat khemah pusat,tarik jangan tak tarik

gadis-gadis sibuk menyiapkan khemah masak tu

yang ini lak sedang memasang khemah penginapan kami

ni la khemah pusat kami, sudah siap dan sedang diperkemaskan 

khemah penginapan yang telah siap dipasang

ni la khemah dapur kami, amacam?cute kan..

yang ni pula khemah peralatan kami, cukup2 je untuk simpan stok barang keperluan

selepas semuanya selesai kami tidak lupa menunaikan solat berjemaah, 

berkumpul untuk mendengar taklimat dari en hisyam mengenai aktiviti seterusnya, 

makan malam setelah seharian penat, sape sangka kami boleh berkongsi makan dalam satu talam walaupun kami tak pernah melakukannya.

hahahaha,habis tu, memang terbaik la sape yang masak ni,,,thanks ya,


setelah siap makan tengah hari dan sempat merehatkan badan yang keletihan kami teruskan kerja-kerja menyediakan kawasan perkhemahan kami, kami membahagikan tugas agar semua berjalan lancar dan dapat menyiapkan semua keperluan kami seperti yang telah ditetapkan.

bermula dengan membina khemah pusat, khemah dapur, khemah penginapan dan khemah peralatan, semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah tapi ianya tak menjejaskan persiapan kami, ini kerana  kami telah diberi tunjuk ajar dalam kelas dan masa ini la kami mempraktikan semua kemahiran yang telah kami belajar secara teori didalam kelas, nampak macam senang tapi jika tak berbekalkan ilmu didada mungkin ianya menyukarkan kerja kami.terutama dari segi ikatan kerana dalam menyediakan khemah-khemah kami ini memerlukan kemahiran ikatan untuk memastikan semua khemah kami kukuh dan selamat.

selepas siap semua kerja-kerja membina khemah dan mengemas semua keperluan, kami berehat dan menunaikan solat berjemaah, walaupun sibuk itu bukan alasan untuk tidak melakukan ibadat kepada Nya.

dan kami berkumpul untuk menerima taklimat mengenai jadual aktiviti seterusnya dari en hisyam, selepas semuanya ok kami bersiap untuk aktiviti malam dan  sama-sama menyediakan juadah makan malam,masa ni la yang best sebab sama-sama memasak dan membantu menyediakan makan malam, dah siap masak kami pun apa lagi, tunggu masa untuk makan la sebab terlalu lapar kerana perut ni belum makan apa sejak petang tadi,disebabkan terlalu lapar kami terlupa sorang kawan kami belum siap mandi tapi kami sudah makan, aku terasa bersalah pada dia tapi nak buat macam mana sebab dan makan,hikhik,,,untuk kak noi,soryyyyyyy...apapun kami cuma makan lebih awal la tapi juadahnya masih ada.apa yang menariknya makan malam kami ni sebenarnya kami makan dalam satu talam, bukan tak pernah makan dengan cara itu tapi sebelum ini aku hanya makan bersama orang yang telah lama aku kenal tap malam ni aku makan satu talam bersama kawan yang jarang sekali kami jumpa dan syukur semua tak ada masalah dengan cara sebegini,dengan cara ini juaga ianya mengeratkan lagi hubungan kami,

makan pun sudah, solat pun sudah kami cuma menunggu arahan dari en hisyam untuk melakukan aktiviti malam ini, pada sebelah petang tadi en hisyam beritahu jika ada kesempatan mungkin kami akan berkayak pada waktu malam, dalam hati aku ada sedikit kerisauan dan kegembiraan,mana tak risaunya nak berkayak di tasik malam-malam tanpa cahaya dan cuma bergantung pada bantuan cahaya bulan yang hanya menemankan malam, sudah tu tasik pun kami tak tahu bagaimana situasinya, macam bermain difikiran aku ni,tapi aku tetap gembira sebab mungkin itu akan jadi pengalaman pertama aku dan mungkin aku tak akan berpeluang di hari akan datang,

setelah lama menunggu akhirnya en hisyam beritahu yang kami tak jadi untuk berkayak malam tapi digantikan dengan kelas 'first aid' .kami semua agak kecewa kerana tak dapat menikmati keindahan tasik itu pada waktu malam seperti yang diceritakan oleh en hisyam kepada kami.dengan hampa kami semua bersiap untuk ke kelas first aid.




No comments: