Wednesday, September 7, 2011

SURVIVAL??? ERRRRRR

perjalanan menuju ke kawasan survival, penat pun belum hilang da kena lagi.

ini je yang mampu kami beli dari duit baki selepas membeli khemah dan tapak khemah.


ni la kawasan khemah kumpulan aku selepas siap di bersihkan.

penjaga unggun api, jaga tau jangan sampai padam lak..

semua masih segar walaupun keletihan.

pelajar dari kolej cawangan, kena nyanyi untuk kumpulan aku sebab nak mintak api, ni la akibat kalau buat sesuatu tanpa merancang.

ai afiq, ngah sentri pun leh tidur? letih sangat kot.huhuhu

ntah masa bila kami semua tidur pun tak tau,penat la, sian syidah jaga kami sorang diri,

giliran fazrul sentri pun terkantoi gak,,,hikhik,bila la nak pagi ni

selepas semuanya berkemas dan kuar dari hutan getah tu kami semua di panggil mengikut kumpulan untuk menceritakan pengalaman kami dan kisah yang paling kami sedih.

walaupun penat tapi tetap bergaya lagi tu, ni la kawan-kawan kelas aku,kami hanya 12 orang sahaja.


bila dengar je survival aku memang suka dan memang aku nanti-nantikan dengan penuh keghairahan sebab bagi aku survival tidak lagi asing bagi aku, di kampung pun hutan tempat permainan aku, hutan ni bagai sudah sebati dengan hidup aku tapi sangkaan aku meleset sebab aku tak pernal tahu apa itu survival dan survival di benak fikiran aku selama ini iaitu hanya masuk hutan semata-mata dan berkhemah tapi disini aku belajar apa itu makna sebenar survival/ iktiar hidup.

didalam bot sepanjang jalan menuju destinasi survival hati aku berkocak perasaan tak sabar nak bermalam didalam hutan yang mungkin mencabar kerana kami tidak dibenarkan bawa peralatan sendiri dan makanan, aku masih lagi seperti dulu yang tidak tahu apa erti survival ini, ala mungkin dorang da masak kat sana,kata aku la,,

destinasi kami sudah kelihatan,kami masih rancak berbual dan bersuka ria tapi semua itu terhenti apabila kami diarahkan untuk berenang ke kawasan survival itu, aduh,,,kami semua mengeluh,tak kan kami semua nak bermalam dalam keadaan basah ni tapi ternyata itu bukan gurauan.kami berenang juga walaupun dalam pasrah,,huhuh...

penat juga la berenang sebelum sampi ke tebing tasik tu, selepas semuanya selamat sampai kami semua berkumpul dan di berikan penerangan tentang survival ni, terkejut juga aku dengar,sebelum ni aku tak pernah tahu macam ni rupanya survival yang sebenar, survival yang aku ikut sebelum ni kami bebas melakukan apa sahaja termasuk membawa pelbagai makanan tetapi mesti dalam hutan dan hanya berkhemah,di sini aku belajar apa itu survival, mungkin sesuatu yang menarik bagi aku,

selepas semua penerangan dibagi oleh fesi-fesi dan kami semua faham, kami di pecahkan kepada 3kumpulan kecil dan diberi duit rm1000 setiap kumpulan untuk membeli peralatan yang telah mereka sediakan dengan duit sebanyak itu,dah la barang mereka(fesi) mahal tapi nak wat macam mana, tak ada kedai lain dah kat situ,,hahakhak,,,mereka pun mula la menjual dengan mula-mula mereka menawar kan tapak khemah,bila aku ingat pasal tapak khemah ni memang lucu pun ada, sakit hati pun ada, mana tak nya, indah khabar dari rupa,,,hikhik,kami sudah tahu muslihat mereka tapi yang buat aku geram tu sebab kumpulan aku sendiri terkena dengan dorang tapi  tak boleh salahkan dorang juga sebab aku ni pun gelojoh sangat,sian kat kumpulan aku kena beli tapak paling mahal,moralnya berfikir dulu sebelum membuat keputusan,

ni sahaja yang mampu kami beli dari baki yang kami beli khemah dan tapak khemah :
  1. mancis
  2. telur 1 biji
  3. kentang 2 biji
  4. beras
  5. air mineral
  6. bekas tanak nasi

setelah semua urusan jual beli selesai kami semua dibawa ke tapak khemah mengikut kumpulan masing-masing,kumpulan aku ada 4 orang iaitu syidah, fazrul, afiq dan aku  terus bahagikan tugasan dalam kumpulan ,kami perlu siapkan khemah dan bersihkan kawasan khemah sebelum gelap, dengan kesuntukan masa kami sempat la buat khemah ringkas dan kemaskan kawasan khemah tu tapi apa yang penting kami kena cari kayu api dengan kuantiti yang banyak sebab kami kena nyalakan unggun api sampi esok pagi,

akhirnya kami berjaya siapkan apa yang patut sebelum hari gelap,setelah penat kami semua pun berehat la sementara masih kuat walupun letih,,,

MISTERI TAK TERUNGKAP

tengah sedap duduk merehatkan diri tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi yang agak menyeramkan dibelakang khemah kami tu, aku pun tak tahu apa, nak cakap fesi yang kacau tak mungkin sebab khemah kami betul-betul dihujung semak tebal, bunyi tu seperti binatang sedang berlari tapi kami buat  tak tahu je, sebab bunyi tu sekejap lari, sekejap hilang,,eh,,ada lagi bunyi tu,kali ini aku terus bangun dan melihat bunyi apa tu tapi hilang pula,aku pun wat tak tahu je la,takut pun ada sebab aku seorang je yang berjaga masa tu, mana tak kena sorang nye,,time dorang jaga aku sedap je membuta,ai,,,kalau nak kacau pun tunggu la time member aku lak jaga,,,hikhikhik,,bunyi tu ada lagi,,kali ni makin kuat dan seolah-olah nak menuju ke khemah kami, aku pun apa lagi cepat-cepat kejutkan kawan-kawan aku,aku suruh dorang pegang kayu sorang satu, dorang pun masih lagi separuh sedar ikut je kata aku,,,pastu bunyi tu terus hilang dan kami tertanya-tanya bunyi apakah itu,,,,,,tapi aku terasa malu pun ada dengan dorang sebab aku yang lebih-lebih takutnya.lepas tu apa lagi,,,time aku tidur dan dorang lak berjaga..

baru je bangun ada plak sorang budak ni ntah dari mana datang nya, wat terkejut aku je yang ngah cari kayu api, rupa-rupanya pelajar yang turut serta dalam survival ni juga tapi mereka dari kolej cawangan, dia datang nak minta kayu apa sebab kumpulan dia terlupa membeli mancis sebab sibuk dok membeli keperluan lain, itu la kalu membuat sesuatu tanpa merancang,mula tu aku tak percaya yang dia ni pelajar macam kami juga tapi selepas diteliti memang betul dan aku hampir nak menolong, mujur kawan aku sorang ni tak bagi, kalau tak kami gagal la sebab tak amanah,,,hikhik,mungkin dia ni polis kot,macam tau2 je ada lagi pengikut kat belakang tu, aku ingat syidah ni main2 je rupanya memang betul ada yang mengikut dan pengikut nya fesi-fesi yang jaga kami semua.selepas dapat kebenaran oleh fesi baru kami bagi dia mancis dan bara api, apaun pelajar tu kena denda dulu la, syidah punya idea la suruh budak tu nyanyi tapi best gak bosan-bosan duduk dalam hutan tak ada apa.

lepas pada tu kami semua gelak tak ingat tapi syidah tak habis2 puji budak tu nyanyi sedap..ingat awak tu da ada abang,,,errrrrrr,perut ni tyerasa lapar la pula,nasib ada kentang bakar yang fazrul bakar tadi,apa lagi aku la yang habiskan, terasa sedap lak kentang bakar tu, kalau sebelum ni aku kurang makan kentang dan selalu buang kalau ada dalam masakan tapi kali ni tak cukup pula rasanya.lepas mengisi perut yang lapar aku terasa ngantuk lagi,nak tidur tak boleh dah sebab kesian kat kawan-kawan aku, dorang pun asyik cakap aku kuat tidur,malu gak aku,,hikhik.so kena la berjaga dan sambil tu kami semua berborak la, cerita pasal diri masing-masing, walaupun tak banyak tapi sempat la kami kenal antara satu sama lain,kalau sebelum ni kami hanya kenal pada nama saja sebab waktu bersama terhad dan hanya berjumpa di dalam kelas yang diadakan 1kali sebulan.

lambat pula nak tunggu pagi ni, terasa macam da lama sangat kot, nak tengok waktu pun tak boleh sebab kami tak dibenarkan bawa jam tangan, hanya mampu menunggu sang mentari pagi mengganti sang rembulan malam je la,.kayu api semakin berkurangan, rasanya sudah cukup kami cari petang tadi dan kalau masak dodol pun boleh 2,3 kawah tapi ni tak, baru je isi da habis, mungkin kayu api kami tu cepat habis dijilat api kerana kayu api kami tu dari dahan dan ranting pokok getah kot,

tiba-tiba aku dan kawan aku terkejut dari tidur sebab terdengar seperti orang mendekati khemah kami, rupa2 nya kami semua tertidur, mujur kami sedar sebelum mereka sampai ke khemah kami, oooooooo....fesi-fesi yang bertugas rupanya,mereka datang nak melhat kayu api kami cukup atau tak, ternyata ianya tak mencukupi untuk sampai ke pagi, mereka meminjamkan kami lampu suluh dan hanya bagi kami masa 5minit untuk mencari kayu api, apa lagi,aku dan fazrul pun macam lipas kudung la mencari kayu, 
tiba-tiba....praaaakkkkkkkkgg...terkejut aku, rupa-rupa fazrul tarik 1 dahan kayu mati yang kira besa la, nyaris aku tersepit, aku yang tadi masih separuh sedar terus segar gara-gara terkejut dek kerja fazrul tu, selepas selesai mendapatkan kayu api tu mereka pun terus beredar ke hujung semak, mungkin nak membantu kumpulan lain pulak.terima kasih ya teriak kami,,lalalal

terasa penat dan haus pula, nasib bekalan air kami masih ada dan mencukupi sampai ke pagi, kumpulan kami pun semuanya boleh dikatakan cergas la sebab semua berbadan kecik.selepas menambah kayu api tu kami semua pakat berjaga sebab tak boleh tidur da, lagi pun lagi da mula menunjukan cahaya mentari pagi, mungkin dalam pukul 5 pagi la..

punya asyik bersembang hari pun semakin cerah, dalam hati ni da tak sabar nak balik sebab badan aku ni da gatal-gatal sebab bermalam dengan pakaian yang basah malam tadi,kaki aku da mula terasa sakit sebab kasut yang aku pakai belum dibuka.tungu punya tunggu akhirnya fesi yang membawa kami masuk tu pun da datng untuk ambil kami semula, kami di suruh berkemas dan padam unggun api yang kami gunakan semalaman tu,selepas semuanya siap dikemas kami pun dibawa keluar, ingat kami paling awal tapi kawan2 kami yang lain da lama keluar.

hati ni da seronok la sebab boleh kuar dan nak balik tapi belum lagi,,ada plak sesi luahan perasaan, lama juga la nak menunggu  giliran kumpulan aku ni, banyak sangat ke cerita sedih dornag ni,,hikhik,,aku da  tak sabar nak balik ke khemah ni,kini giliran kumpulan aku pula, rupanya setiap kawan aku ada masalah yang sebelum ni mereka tak berkongsi dengan aku, tapi bila ada sesi ni ternyata mereka sembunyikan sesuatu yang perik disebalik senyuman dan ketawa mereka bersama aku, begitu juga aku, walau pun terasa malu tapi aku tetap berkongsi, mana tahu mereka dapat membantu walau sekadar dengan sokongan moral.selepas semua selesai meluahkan perasaan masing2, kami semua selesai lah episod SURVIVAL ini, 

selepas semua da bersedia kami semua pun bergerak balik ke kawasan perkhemahan kami yang telah semalaman kami tinggalkan, terasa rindu pula malam survival  itu, banyak yang kami berkongsi walau hanya 1 malam bersama, ianya terlalu panjang bagi kami untuk berkongsi cerita.

SURVIVAL TANGIS TAWA BERSAMA, HANYA KAWAN DISISI KITA

No comments: