Thursday, September 8, 2011

ABSEiLING? kritikan kunci keberanian aku...

aksi yang agak berani dari aku

peralatan dan kelengkapan untuk aktiviti abseiling.


pada seminar keempat kami merupakan pengalaman pertama aku melakukan abselling,dari awak bermulanya kelas aku teruja untuk melakukan nya walaupun dalam hati ini ada rasa ketakutan,mana tak nya tingkat 11 fakulti kejuruteraan menjadi sasaran kami tapi syukur dan itu la yang dikatakan hikmah bulan puasa sebab kami hanya melakukan di tingkat 4 fakulti sains sukan dan rekreasi iaitu fakulti kami sendiri.

di dalam kelas kami diajar secara teori sebelum melakukannya secara praktikal, kami di bawa ke tempat untuk melakukan aktiviti yang mengayatkan sesiapa yang pertama kali melakukan nya,perasan aku gembira bercampur takut,semua peralatan dan kelengkapan semua telah tersedia oleh tiga orang pembantu en hisyam,selepas diberi keterangan ciri-ciri keselamatan kami pun mahu bermula,bila bertanya siapa yang mahu beraksi dahulu aku terus.....wat-wat sibuk amik gambar, satu kerja gila bagi aku kalau aku menjadi orang yang pertama,hikhik, takut sampi getar kaki aku tapi aku tenangkan hati ni dengan bergurau bersama kawan-kawan.mungkinkah mereka juga rasa apa yang aku rasakan?tak siapa pun takut kalau dilihat sebab semua pandai motivasikan diri mereka dengan cara tersendiri,amir merupakan peserta pertama yang beraksi sebagai hero dalam cabaran ini,dari riak mukanya ada sedikit ketakutan tapi aku suka cara amir yang sentiasa yakin dengan apa yang dia nak lakukan.dia mulakan dengan tenang dan bila hampir sampai dibawah dia cuba melakukan aksi berani iaitu ":spider", aku yang melihat pun terasa gayat tapi dia berjaya melakukannya,

aksi lagak ini semakin hangat apabila sorang demi seorang melakukannya,bermacam ragam dapat aku lihat,kini tiba giliran aku pula,memang menarik,aku siapkan diri aku dengan kelengkapan,peluh mula menitis,walaupun dibulan puasa aku rasa seperti terlalu banyak minum air,berpeluh sebab takut,tapi aku cuba buktikan dengan kritikan yang membantu aku berani melakukannya,bila aku melangkah melepasi palang itu koridor saja aku rasa kan diri aku macam sehelai kertas,terasa ringan saja badan ni,memang aku takut tapi aku tak mahu malu sebab kawan aku perempuan boleh melakukan tak kan aku tidak boleh,en hisyam hanya mampu tersenyum melihat aku,dia tak ada perasaan ke?errrrrrrr,tapi ketakutan itu mula hilang bila aku mula melepaskan badan aku turun mengikut tali yang menggantung badan aku,terasa seronok pula,aku pun apa lagi,mahu juga mencuba aksi berani seperti amir,mula tu was-was juga tapi bila aku sudah berpusing dalam keadaan terbalik,waw!!!,dunia ini ana yang punya,akhirnya aku berjaya melaku kan dua tekni dalam satu turunan tadi,terasa mahu lagi,aku cuba mintak melakukan lagi dan en hisyam menunjukan lampu hijau tapi mesti dengan teknik yang berbeza,teknik berbeza?kalau tadi merupakan tekni asas jadi apakah teknik berbeza itu lebih sukar dan mencabar,ok,aku sahut cabaran itu dengan teknik berlainan iaitu ' australian style' selepas semua melakukannya kini tiba percubaan aku yang kedua,aku sudah merasakan 50-50 tapi aku tak mahu dikata banyak cakap tapi hasil tak ada,dengan beraninya aku melakukan nya,pada pemulaan aku melakukan teknik ini aku memang hampir hilang semangat,apa tidak nya,dalam mencari kedudukan yang selesa tiba-tiba aku tergelincir dan tergantung,tuhan saja yang tahu apa yang aku fikirkan pada masa tu,aku mula tenangkan hati aku dan ambil kedudukan yang betul untuk melakukannya,pada mula aku terasa kekok tapi bila dipetengahan aku mula berani untuk berlari seperti yang diarahkan en hisyam,syukur aku berjaya melakukannya...

terima kasih kepada yang memberi tunjuk ajar dan semangat untuk aku melakukannya,kawan-kwan,kita berjaya hari ini,selepas semua penat dengan aktiviti ini kami mula mngemas dan berehat menanti kelas lain pula,

No comments: