Sunday, September 18, 2011

SIFU.....

ZAINUDDIN BIN JOSEPH

Beliau merupakan orang yang terawal yang aku kenali dalam sukan angkat berat dan juga orang yang bertanggungjawab mengcungkil bakat aku, beliau telah memilih aku pada sesi pemilihan pada tahun 2001 ketika kau masih dibangku sekolah dan ketika itu aku berumur 14tahun, sebagai seorang jurulatih angkat berat amatur negeri Pahang beliau terlalu banyak megajar dan mendidik aku untuk menjadi seorang yang berjaya dalam sukan ini, tugasnya sama seperti seorang guru yang mendidik anak murid mereka untuk cemerlang dalam pelajaran, beliau merupakan satu-satunya jurulatih yang mengajar aku daripada 'zero' sampai lah aku berjaya, beliau terlalu banyak mencurahkan ilmu dan pengalaman beliau kepada aku, walaupun kini aku tidak lagi menjalani latihan dibawah penjagaannya beliau tetap sentiasa memberikan aku semangat dan sentiasa mahukan aku melakukan yang terbaik, sebagai seorang atlit aku sentiasa ingin yang terbaik dan melakukan yang terbaik untuk jurulatih aku, setiap orang mempunyai impian dan begitu juga aku.walaupun aku selalu memenangi setiap kejohanan yang aku sertai tetapi aku masih ada satu impian yang belum aku realisasikan dan aku akan buktikan kepada sifu aku bahawa apa yang pernah beliau katakan itu ,menjadi satu kenyataan.

No comments: