Wednesday, September 7, 2011

JUNGLE TRACKING (BUKIT MANDI ANGIN)

pemandangan tasik chenderoh dari kawasan LIMAU BALI iaitu dipertengahan BUKIT MANDI ANGIN.

berkumpulan untuk untuk menerima arahan dan taklimat mengenai aktiviti yang hendak kami lakukan.

macam nak berperang je ni, penat tu.

berhenti rehat dan basahkan mulut sikit, sempat bergambar tu.

berehat kali terakhir sebelum sampai ke destinasi sebenar, kawasan semakin curam dan mencabar.

bantu-membantu antara satu sama lain supaya semua berjaya sampi ke destinasi dengan selamat.

da sampai pun, berehat dan menikmati makanan yang dibungkus sebelum kami turun dan balik semula.

bergambar kenangan bersama fesi yang membawa kami dan kawan-kawan mendaki.



ni la aku,macam model bukit mandi angin kan..hikhik

dah penat berjalan balik kena pula berenang untuk ke kawasan perkhemahan.

tarik jangan tak tarik, semangat berkawan, jangan ada yang tertinggal.


hari ini merupakan hari ketiga dan juga hari terakhir kami di perkhemahan ini, walaupun hanya tiga hari bersama ianya terlalu panjang untuk kami  melakukan pelbagai aktiviti,selepas tamat aktiviti survival pada sebelah pagi tadi yang mengajar kami pelbagai ilmu yang menarik kami hanya diberi masa untuk masak dan bersarapn pagi, pagi ini kami bersarapan agak lewat, selepas sarapan  kami semua sibuk siapkan makan tengah hari untuk dibawa semasa jungle tracking kerana kami akan makan tengah hari di kawasan limau bali, selepas semua persiapan untuk jungle tracking siap kami diarahkan untuk mengemas semua barang keperluan kami kerana selepas balik dari tracking kami akan terus mengemas kawasan perkhemahan dan akan terus bergerak balik ke shah alam,

selepas semuanya selesai kami berkumpul untuk menerima taklimat sebelum memulakan jungle tracking, untuk memulakannya kami menaiki bot ke jeti, kami bermula dijeti dan melalui kawasan perkampungan sebelum memasuki kawasa hutan yang menjadi destinasi jungle tracking kami, laluannya mudah tapi jarak dan cuaca membuatkan kami keletihan, laluan yang mudah membuatkan aku bosan untuk meneruskannya, tapi apa yang aku fikirkan tu salah sebab laluan kami semakin sukar kerana kami terpaksa melalui cerun bukit, walaupun tidak secerun mana tapi cukup untuk buatkan aku terasa letih untuk teruskanya, kak noi pula sudah merungut kakinya mula terasa sakit tapi kami tetap teruskan juga kerana kami tak mahu aktiviti terakhir program ni berakhir dengan kegagalan, kak noi yang sakit dibantu oleh kami, bukan sekadar bantuan dari segi fizikal tapi secara mental juga membantu kak noi terus bersemangat untuk habiskan aktiviti kami ini,

bagi aku cerita daripada en hisyam tentang pemandangan tasik chenderoh yang cantik dari atas sana membuatkan aku terus bersemangat teruskan pejalanan ini, hampir satu jam berjalan dan mendaki cerun  akhirnya kami sampi kedestinasi yang dituju iaitu kawasan limau bali yang bolehkan kami melihat pemandangan tasik chenderoh, WAW!!!!!! memang cantik pemandangan nya, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemandangan berlatar belakang tasik chenderoh yang mungkin kali pertama dan terakhir bagi kami,

sudah puas bergambar kami berehat sebentar menjamu selera sebelum turun pulang ke kawasan perkhemahan, sambil menjamu selera kami sempat berkongsi pengalaman mereka yang lebih arif iaitu pembantu en hisyam yang menjadi pengiring aktivi jungle tracking kami ni.cerita pengalaman mereka membuatkan aku teruja dan tak mahu aktiviti ini berakhir disini sahaja, aku juga mahu melakukan apa yang mereka lakukan dan mahu saja aku melibatkan diri dalam program sebegini lagi jika diberi peluang.

selepas semua habis makan dan keletihan hilang kami pun mula turun dari kawasan itu, bila dah berehat terasa malas pula nak turun tapi apakan daya masa tak mengizinkan dan kami perlu kejar waktu yang ditetapkan sebab petang ini juga kami mahu terus balik ke shah alam.setelah penat berjalan akhirnya kami semua telah berjaya sampai kejeti semula, semua tak sabar nak balik.tapi kami mental kami di uji lagi dengan perlu berenang balik ke kawasan perkhemahan kami, semuanya mengeluh sebab sudah la penat, terpaksa berenang pulak tu, walaupun rela dalam terpaksa kami semua akur dengan arahan tersebut, selepas berhempas pulas berenang dan membantu kawan-kawan akhirnya kami berjaya sampi.

memang penat dan menguji mental kami,selepas semua berjaya tamatkan perkhemahan ini kami terus mengemas kawasan dan bersiap untuk balik.

BELAJAR MENGHARGAI CIPTAAN NYA SATU NIKMAT YANG TIDAK BOLEH DIBELI.

No comments: