Thursday, September 8, 2011

LOW ROPE penutup aktiviti kami semua


pagi ni merupakan kelas tambahan bagi subjek outdoor recreation dan kelas terakhir kami sebelum menghadapi peperiksaan akhir.kelas ini juga sebenarnya untuk membuat contoh aktiviti low rope sebagai tugasan kami,mungkin ada yang tak tahu apakah low rope itu,low rope merupakan menyeberangi tali rendah tanpa sistem belay untuk keselamatan.

pada pagi ni aku orang terakhir yang sampi kekelas,aku sudah sampi awal pagi tapi aku tertido disurau fakulti kerana keletihan dalam perjalanan dari johor tapi itu la yang perlu aku telan sebagai pelajar e-pjj, ini kali pertama aku datang kekelas dari jarak jauh,kalau sebelum ini aku hanya berulang dari port dickson,apa yang aku nak ceritakan ni tak ada kena mengena dengan kelas low rope pagi ini cuma aku nak berkongsi apa yang kawan aku rasa terutama mereka yang jauh berulang untuk datang ke kelas, memang penat tapi demi ilmu mereka sanggup lupakan semua itu dan cuti hujung minggu yang sepatutnya bersama keluarga terpaksa dihabiskan difakulti sains sukan dan rekreasi uitm shah alam.

maaf sir, saya terlambat,itu yang aku ucapkan setiba di kelas, takut juga dimarahi walaupun aku ni pelajar e-pjj, kalau zaman sekolah dulu memang da kena berdiri diluar kelas,hikhik.aku lihat semua kawan-kawan aku sibuk menyiakan contoh low rope yang telah mereka pilih, aku yang baru sampai terkial-kial tak tahu nak mulakan dimana.akhirnya en hisyam memberikan satu sudut untuk aku buat contoh low rope yang aku pilih,low rope yang aku pilih ialah BURMA BRIDGE, dengan tenangnya aku mula siapkan tugasan aku, sekali lagi kemahiran ikatan tali diperlikan untuk menjayakan tugasan aku ini,ternyata ikatan amat penting untuk aktiviti sebegini,kerana tanpa kemahiran ikatan mungkin ianya merbahayakan kepada mereka yang melakukan aktiviti sebenar low rope ini.

kawan-kawan aku yang lain sudah siap tugasan mereka,hanya aku yang belum siap, terima kasih kepada kawan-kawan dan en hisyam yang banyak membantu saya siapkan tugasan saya.walaupun kami semua hanya melakukan contoh tapi setiap orang mesti menerangkan cara untuk melakukan aktiviti low rope tersebut, semuanya seperti mahir bertutur menerangkan tugasan mereka,aku pula berdebar menunggu giliran aku kerana aku ni takut untuk bercakap depan orang walaupun mereka semua kawan aku,ntah kenapa la aku macam ni,bila tiba giliran aku,aku beranikan diri aku untuk bercakap,kalu tak cakap mungkin menjejaskan jumlah markah aku,syukur walaupun tersangkut tapi aku berjaya melakukannya.

disini saya nak kongsikan contoh-contoh low rope aktiviti yang kami semua selesaikan,

balance beam


criss cross


foot loop


burma bridge

jacob's ladder


postman walk


foward tension traverse


chicken walk


leopard crawl


spider web


multi vine

swinging tyers



No comments: