Sunday, September 18, 2011

SEDEKAD DIPERSADA SUKAN ANGKAT BERAT


kejuaraan terkini (kebangsaan sirkit 2/2011)



kejuaraan termanis dalam kerjaya angkat berat aku (sukma kedah 2006)

antara koleksi pingat yang aku menangi




Tanpa aku sedari tahun 2011 ni sudah sedekat aku menjadi atlet dan pecinta setia bersama besi angkat berat, ianya sudah sebati dalam jiwa aku dan terlalu banyak kenangan dan pengalam berharga aku perolehi serta bersama sukan ini juga la ia mengajar aku berdikari sejak dibangku sekolah lagi, terlalu banyak pengorbanan untuk berada di tahap sekarang, aku bersyukur kerana setiap kali aku menyertai kejohanan angkat berat aku tidak pernah pulang dengan tangan kosong, kata orang adat berlawan ada kalah dan menang begitu juga aku tetapi jika aku mampu buat yang terbaik emas milik aku dan jika aku kurang menyerlah gangsa milik aku, apa yang aku nak kongsikan adalah apabila aku berjaya membuktikan aku masih lagi mempertahankan kedudukan aku dipersada sukan angkat berat ini dalam ranking "TOP 3" apabila aku memenangi 1 EMAS dan 1 PERAK di kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 2/2011 dikompleks sukan keramat pada 16hh - 18hb sept 2011.

No comments: