Wednesday, September 7, 2011

BERKAYAK DI TASIK CHENDEROH

semua sibuk memasang kelengkapan kayak bersama pasangan masing-masing.

sebelum berkayak kami diajar teknik berkayak dengan betul terlebih dahulu oleh en Hisyam.

kami sudah pun berada di dalam air dan kami melakukan rafting terlebih dahulu iaitu isyarat berkumpul sebelum memulakan berkayak.

macam ni la kalau baru nak belajar, nak terlanggar je sebab kurang mahir.

ini la yang kami buat,nama nya capsize/menterbalikkan kayak.

ni salah satu teknik menyelamat iaitu "H RESCUE" 

en Hisyam beritahu laluan ini di namakan "teratai highway", memeng menarik tapi agak menyeramkan.


pada hari kedua kami bermula seawal pagi dengan mereka yang sentri pagi telah pun menyediakan sarapan untuk kami semua. keletihan semalam masih terasa lagi tapi apakan daya masih ada cabaran baru yang menanti kami dan perlu diteruskan, apa lagi yang bakal kami harungi. selepas semua bersiap dan telah bersarapan kami semua berkumpul untuk mendengar taklimat ringkas dari en hisyam.
pada pagi ini kami semua akan berkayak, WAW!!! satu pengalaman baru bagi aku dan kawan-kawan walaupun ada antara kami pernah berkayak tapi mungkin ianya tak sama dengan apa yang kami lakukan arini. kalau sebelum ini aku hanya tahu naik kayak tetapi hari ini aku dan kawan-kawan belajar memasang kelengkapan kayak itu sendiri, nampak macam senang tapi semua itu memerllukan teknik yang betul untuk memasangnya.

setelah semuanya siap memasang kelengkapan kayak masing-masing kami semua diarahkan berkumpul  terlebih dahulu sebelum mula mendayung.setelah diarahkan kami  apa lagi,,,terus berkayak la tapi apa yang lucunya semua bertaburan sebab tak pandai nak mengawal kayak masing-masing. orang cakap aku ni budak sukan mesti kuat tapi pasal kayak ni budak sukan macam aku ni pun semput da,,baru aku tau letihnya berkayak ni.

punya la syok berkayak en hisyam boleh suruh aku stop plak,dah la aku ada kat depan sekali, juara la kononnya,,hakhak,,,lupa lak nak beritahu,,kami semua naik kayak 'double' dan pasangan aku syidah, selepas semua berkumpul ditengah-tengah tasik yang agak menyeramkan la juga tu en hisyam terus suruh aku dan syidah buat 'capsize' aku ni apa lagi terus la buat, airnya bukan main sejuk lagi, dalam hati ni tuhan je tahu takutnya aku dalam air ni tapi buat berani je, walaupun aku dah biasa mandi sungai dan paya tapi kali ini aku berada dalam tasik buat pertama kali dalam hidup aku, dah la tasik tu aku tak tahu asal usulnya.perasaan takut tu makin bertambah apabila capsize yang aku wat ngan syidah tak berjaya walau sudah 2, 3 kali mencuba melakukan capsize.nak kata teknik salah aku dan syidah dah ikut teknik yang betul dan sudah berkali en hisyam ajar aku dan syidah. dalam kalut-kalut tu aku terpegang satu lubang di bahagian stern, rupa-rupanya penutup bahagian untuk menyimpan barang terbuka, aku dah mula gelabah sebab lama sangat kat dalam air tu tapi en hisyam kelihatan biasa saja seolah-olah ianya perkara biasa baginya, ermmm...memang tak dinafikan kemahiran yang dimiliki oleh en hisyam kerana dia memberitahu kami satu teknik menyelamat yang baru iaitu :

"H RESCUE"
walaupun dalam keadaan penat aku dan syidah terpaksa akur dengan arahan en hisyam kerana ini kecuaian kami sendiri sebab tak periksa kayak kami dengan teliti sebelum melakukan capsize, syukur kerana dengan teknik ini dan bantuan kawan-kawan yang lain kami berjaya melakukannya walaupun mengambil masa yang agak lama.

selepas aku dan syidah gagal melakukan capsize, kini giliran kawan aku yang lain pula melakukannya, dan mereka berjaya,rupanya memang senang je, patut la en hisyam berkeras katakan kami silap.tapi tak mengapa sebab kami dapat belajar teknik rescue tersebut,jika tak berlaku masalah yang aku dan syidah hadapi tadi mungkin kami tidak tahu teknik H rescue itu kerana en hisyam tak maklumkan yang kami kena praktik kan teknik tersebut.

selepas semuanya selesai kami teruskan berkayak mengelilingi sebuah pulau sebelum kami tamat ditempat kami bermula tadi, walaupun terasa penat dan takut aku tetap berpuas hati dengan aktiviti ini sebab semua saling memberi sokongan terutama semasa melakukan capsize.kami semua pun dah keletihan, setelah semua kayak yang kami gunakan dikemas dan disimpan ketempat yang disediakan kami terus bersiap untuk aktiviti seterusnya iaitu orienteering.

No comments: